Ulam Raja - Raja Segala Ulaman

11:16 PTG
Petua dan Herba - Keistimewaan Ulam Raja : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap kali pulang ke kampung MIL, salah satu hidangan lauk yang menjadi kegemaran aku adalah ulam-ulaman. Sedia maklumlah.. Kat kampung ni ada macam-macam pilihan ulam-ulaman tetapi yang paling aku suka adalah pucuk gajus dan pucuk ulam raja.

Kalau dapat ulam-ulaman ini dijadikan lauk makan tengahari dan pekena pula bersama sambal belacan... Fuhh! sudah pasti bertambah-tambah nasi! Memang betullah kata orang tua... Mak mertua lalu pun tak sedar dah! haha!

Pokok ulam raja ini pula sememangnya banyak dibiarkan tumbuh meliar di halaman rumah mertua aku ini. Kalau nak makan, petik ajer pucuknya! Pokok herba ini bukan sahaja enak dimakan sebagai ulam tetapi juga cantik dijadikan tanaman hiasan buat penyeri halaman.

Petua dan Herba - Keistimewaan Ulam Raja
Ulam raja yang tumbuh meliar di kampung

Tumbuhan Herba Kongsibersamanora - Ulam Raja

Kita semua sedia maklum bahawa ulam raja sememangnya menjadi ulam kegemaran ramai sejak dahulu lagi kerana ianya mempunyai bau, rasa masam, enak dan tersendiri yang mampu membangkitkan selera. Bagi mereka yang tidak pernah merasainya, pasti akan mudah tertarik dengan baunya dan hanya sekali cuba... pasti nak lagi!

Tumbuhan herba yang sangat popular ini enak dimakan mentah begitu sahaja bersama nasi atau di cicah sama ada dengan budu, sambal belacan, tempoyak mahu pun cincalok. Hmm... dah hampir terliur dibuatnya!

Walaupun ulam raja ini tumbuh subur di Malaysia namun ketahuilah bahawa negara asal tumbuhan ini adalah dari Amerika Latin! Jauh tu! Entah bagaimana boleh sampai ke Tanah Melayu ni, agak sukar diketahui.

Petua dan Herba - Keistimewaan Ulam RajaTapi jangan tersilap pula, ulam raja atau nama saintifiknya 'cosmos caudatus' ini ada dua jenis. Satu diantaranya adalah yang hanya ditanam sebagai pokok bunga hiasan kerana mempunyai bunga yang cantik dan ada pelbagai warna. Walaupun bentuk daunnya serupa, namun ianya tidak sesuai dijadikan ulam. Tiada bau dan tak sedap langsung rasanya!

Jenis yang satu lagi inilah yang sebenarnya jenis ulam raja yang sesuai dijadikan ulam iaitu yang berbunga kecil dan berwarna merah jambu, ungu dan putih.

Jangan pula anda keliru antara pokok ulam raja dan pokok "Rumpai Miang Mexico'. Walaupun kelihatan hampir serupa namun pokok 'Rumpai Miang Mexico' yang amat merbahaya jika tersentuh kerana boleh menyebabkan berlakunya alahan teruk kepada kulit terutamanya kepada kanak-kanak. Dapatkan maklumatnya di SINI

Ulam raja ini merupakan spesis tumbuhan herba semusim dan apabila lengkap sahaja kitaran hidupnya, maka ia akan terus mati. Amat mudah sekali nak tanam ulam raja ni kerana ianya membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang. Taburkan sahaja biji benih ke tanah... InsyaAllah, tumbuhlah ia.

Petua dan Herba Kongsibersamanora - ulam raja

Khasiat Ulam Raja

Ulam raja bukan sekadar enak dimakan tetapi tumbuhan herba ini juga kaya dengan pelbagai khasiat. Antara khasiat utama ulam raja ini adalah :

1. Membebaskan toksid dalam badan dan menguatkan tulang
  • Selalu lemah-lemah badan dan terasa tulang kurang kuat, maka selalulah makan ulam raja kerana ulam raja mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik.
  • Ada lebih dari dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti terkandung dalam Ulam Raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.

2. Meremajakan kulit (awet muda)
  • Pasti ramai yang mahu kelihatan sentiasa muda remaja (awet muda) oleh itu dengan memakan ulam raja ini ia mampu menambahkan kandungan oksigen dalam darah. Apabila oksigen bertambah maka peredaran darah akan menjadi semakin lancar dan secara tidak langsung memberi keanjalan kepada kulit. Ulam Raja juga mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat. Selain itu ianya juga kaya dengan laksium dan vitamin.

3. Merencat bakteria merbahaya
  • Klorofil yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi yang dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti Candida albicans dan Bacillus subtilis serta E.Coli yang amat membahaya kepada kesihatan tubuh badan. Hebat sekali khasiat ulam raja ini!
Petua dan Herba - Keistimewaan Ulam Raja
Daun ulam raja

Ulam Raja - Ulam Yang Berharga

Begitu banyak dan menakjubkan sekali khasiat tumbuhan herba ulam raja ini. Maka tidak hairanlah permintaannya semakin tinggi kerana keistimewaa serta keenakannya sehingga amat disukai oleh ramai orang. Berikutan itu, pasarannya juga semakin meluas dan kini ianya boleh dijadikan tanaman sampingan untuk menambahkan hasil pendapatan para petani.

Harga terkini ulam raja di pasaran adalah di antara RM4 – RM6 sekilo. Ianya amat mudah ditanam, tidak bermusim dan tanpa perlu penjagaan yang rapi. Hanya dalam tempoh 6 minggu, hasilnya sudah boleh dituai dengan anggaran minimun 0.5kg sepokok selama 6 minggu. Kalau ada 100 pokok, maka bolehlah dapat paling kurang 50kg dengan pendapatan minimum RM200! Satu pulangan yang berbaloi-baloi! 

Raja Segala Ulam-Ulaman

Sekarang kita semua tahu, bukan sahaja dikenali kerana keenakan dan kesedapan rasanya, malah ulam raja juga kaya dengan pelbagai khasiat! Berikutan itu pokok herba ini amat bertepatan sekali dengan namanya ulam raja sebagai 'Raja' kepada segala ulam-ulaman. Tidak mustahil juga mungkin dulu-dulu ianya pernah menjadi makanan khas atau ekslusif hanya untuk santapan raja-raja dan sebab itulah agaknya ulam ini dinamakan 'Ulam Raja'... :)

Dah... jangan buang masa lagi, habis sahaja baca dan komen entri ini, pergi cari ulam raja, buat lauk dan nikmatilah keenakan serta kehebatan khasiatnya!

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

3 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
16 Disember 2015 pada 12:02 PG delete

Sedap ulam raja ni... :d

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
25 Disember 2015 pada 12:14 PG delete

Ulam raja... Ini makanan raja-raja jer nih! Orang biasa xboleh makan! hehe

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
25 Disember 2015 pada 12:36 PG delete

Wah! Tak sangka! Begitu hebat sekali khasiat Ulam Raja ni... Lepas ni kena makan selalu nih! :)

Reply
avatar

Terima kasih bersama Blog Daun Bunga Buah. Semoga memberi manfaat kepada semua. EmoticonEmoticon

cintai alam